Thursday, April 28, 2011

Dalam kelas scct3153 periklanan elektonik saya telah mempelajari beberapa elemen-elemen yang berkaitan dengan periklanan. sebelum ini saya melihat iklan sebagai satu perkara yang mudah untuk dihasilkan tetapi apabila mempelajari subjek ini saya dapat mengetahui sebelum menghasilkan sesuatu iklan kita harus melalui pelbagai peraturan dan prosedur. Selain itu, agensi periklanan harus memainkan peranan yang penting kepada pelangan mereka. Saya juga mengetahui setiap individu dalam sebuah agensi mempunyai"Title" dan peranan mereka yang tersendiri.

Melalui projek yang diberikan kepada kami, saya telah memepelajari banyak perkara terutamanya dalam tugas saya sebagai strategi planner. Ini merupakan pembentangan saya yang pertama di hadapan client yang datang dari syarikat yang terkenal di Malaysia. Saya telah mendapat satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan dalam pembelajaran saya di Universiti ini. Saya mengucapkan terima kasih Pn. Nurin diatas pemberian ilmunya.

VIKNESWARY MUNIAPPEN (128536)


Periklanan Elektronik (SCCT3153) merupakan satu kelas yang paling menyeronokkan bagi saya.Saya sentiasa segar dan memberi tumpuan dalam kelas tersebut kerana saya begitu meminati pembelajaran di kelas tersebut.Saya kagum dengan cara dan gaya pengajaran Pn.Nurin. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa puan memberikan ilmu yang tidak ada nilainya kepada saya.
Periklanan Elektronik membuatkan diri saya mempelajari pelbagai perkara. Saya telah mempelajari elemen-elemen periklanan. Saya telah dilantik sebagai CEO bagi Projek kami.Saya telah mempelajari aspek-aspek penting yang perlu diambil kira sebelum dan selepas menerbitkan sesuatu periklanan. Pelbagai suka duka dilalui dalalm pelaksanaan projek kumpulan kami.Ia semuanya menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi saya.Pengalaman saya membuat presentation di hadapan En. Asri Jamil, Wakil daripada Syarikat Rafa Green Sdn Bhd merupakan saat yang tidak dapat dilupakan.
Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama rakan -rakan sekumpulan saya bagi menjayakan prejek kami.

THANALECHUMEE SUBRAMANIAM (128514)